mhi

MHI-TV3 (26 Jan 2012)


Saksikan LEECH WORLD di Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada 26 Januari 2012. Satu lagi pendedahan rawatan bekam lintah dari TV3. Terima kasih kepada TV3 dalam membantu industri RAWATAN KOMPLEMENTARI ini.

RTB4 (BRUNEI)-5 JAN 2012


Multi Business Agrotech Sdn Bhd bersama Ain Wafiqah Miracle Treatment Services (Rakan Niaga LEECH WORLD di Brunei) telah mempromosikan industri RAWATAN BEKAM lintah melalui saluran RTB-4 di Brunei. Kami mengucapkan SYABAS kepada AWMTS di atas kejayaan dalam mempromosikan industri rawatan lintah di sana…

aziz brunei

Leech World Agent in Brunei Paper 2012


Buat pertama kalinya LEECH WORLD telah melebarkan sayap perniagaan nya di Negeri BRUNEI Darussalam. Alhamdulillah, sambutan dari masyarakat warga BRUNEI AMAT-AMAT memberangsangkan. Sehingga semalam, seramai 5000 lebih pengungjung yang datang mengunjungi tapak pemeran agent LEECH WORLD (AIN WAFIQAH MIRACLE TREATMENT SERVICES). Tahniah.. kepada Pengarahnya EN AZIZ. SYABAS…..

InXpo 2012 di BRUNEI

January 4, 2012toJanuary 8, 2012

saf2

Selangor Agrofest 2011 (SAF2011)

November 28, 2011toDecember 4, 2011

SELANGOR AGROFEST 2011
Tarikh : 28 Nov – 4 Dec 2011
Masa : 10 am – 10 pm
Tempat : Tempat Letak Kereta Stadium Malawati Shah Alam
“Semua dijemput hadir”

KURSUS BEKAM LINTAH ANJURAN JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR DAN LEECH WORLD

November 22, 2011toNovember 23, 2011


Kepada semua yang ingin mengikuti kursus bekam lintah yang akan dianjurkan oleh JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

PADA : 22 & 23 NOVEMBER 2011
BERTEMPAT : (pusat latihan jabatan)
BILANGAN : TERHAD !!!

SILA HUBUNGI PIHAK JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (puan saaton 0355189888.) untuk mendapatkan butiran lengkap.

karnival usahawan desa (KUD) 2011 21 - 25 september 2011 putrajaya

Karnival Usahawan Desa (KUD)-Booth D419

September 21, 2011toSeptember 25, 2011
September 21, 2011toSeptember 25, 2011
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menganjurkan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 21 hingga 25 September 2011 (Rabu-Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya
Booth : D419

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 adalah bertemakan “PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA” yang melibatkan penyertaan seramai 500 orang usahawan luar bandar dalam empat (4) kategori yang utama iaitu makanan/minuman, herba, kraftangan dan perkhidmatan. Pelbagai program menarik telah dirancang dalam penganjuran KUD 2011 seperti berikut:

a. Pameran dan jualan produk-produk berkualiti usahawan luar bandar;
b. Business matching;
c. Pameran jabatan/agensi KKLW (KEMAS, MARA, KEJORA, RISDA, FELCRA, KETENGAH, JAKOA, KESEDAR, KEDA, INFRA dan PPNP );
d. Pameran Kementerian/Jabatan/Agensi jemputan termasuk institusi kewangan;
e. Demonstrasi produk, demonstrasi permainan tradisional;
f. Demonstrasi masakan tradisional pelbagai negeri;
g. Persembahan kebudayaan;
h. Persembahan artis-artis jemputan;
i. Forum perdana;
j. Pameran teknologi & inovasi; dan
k. Auto show.

Dalam usaha menjayakan penganjuran karnival ini, YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk berkunjung beramai-ramai ke tapak KUD 2011 sepanjang tempoh karnival ini berlangsung. Sukacita dimaklumkan bahawa, YAB Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan KUD 2011 pada 22 September 2011 (Khamis).

kencing manis

DIABETES… bye..bye..

Salam Sejahtera…
Selama dua tahun kami mencari dan mengkaji cara merawat kencing manis. Pada tahun nie, dengan izin-NYA kami bersyukur kerana dapat membantu seorang pesakit kencing manis yang pada mulanya kakinya luka sehinggakan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Tapi kini, beliau boleh berjalan seperti sedia kala.

majalah3

MAJALAH 3 di TV3

SAKSIKAN LEECH WORLD DI MAJALAH 3 (TV3) Pada 30 Julai 2011 , Jam 9.00 pm