ABOUT

logo_mba

PRAKATA

            Agrotech adalah salah satu bidang yang memberi pulangan yang lumayan jika di ceburi dan sebab itulah kerajaan telah memperuntukkan bajet yang tinggi untung bidang agro ini. Di sinilah tercetusnya idea untuk kami berkecimpung dan  menyahut seruan kerajaan untuk menambahkan lagi pendapatan melalui bidang yang memberi masa depan yang cerah di masa akan datang. Dalam mencapai keinginan untuk berjaya di masa akan datang, tercetusnya idea di pihak kami untuk menceburi bidang perusahaan lintah dan menamakan syarikat kami Multi Business Agrotech Sdn. Bhd

            Lintah adalah salah satu haiwan yang di cipta untuk membantu manusia dalam segi bidang rawatan dan kesihatan. Apa yang kita dapat lihat di zaman sekarang, manusia mudah alpa untuk mengamalkan kehidupan yang sihat dan mengambil makanan yang tidak berkhasiat. Inilah yang penyebab manusia menghidapi pelbagai risiko penyakit yang boleh membunuh seperti kencing manis, kanser, dan macam-macam lagi. Kerana itulah kami memilih lintah sebagai produk syarikat kami kerana keistimewaannya yang tersendiri.

            Multi Business Agrotech adalah sebuah syarikat yang membekal, menyediakan latihan, dan juga memberi khidmat rawatan bekam lintah kepada orang awam. Dengan berbekalkan pengalaman di dalam bidang ternakan lintah selama 4 tahun dan membuat kajian tentang lintah, kami mula memandang serius bidang ini dan berharap dapat membantu seluruh manusia sejagat untuk mencari penawar dan menangani masalah penyakit-penyakit seperti kencing manis di mana 1 juta penduduk Malaysia sendiri menghidapi penyakit ini yang kita ketahui ia mampu memudarat dan membunuh.

            Dengan ini kami berharap usaha dan pendekatan yang kami ambil ini dapat membantu seluruh Malaysia sejagat dan juga dapat membuka mata dunia bahawa lintah adalah sumber khazanah yang amat berharga dan berfaedah.

VISI, MISI  DAN  OBJEKTIF PERNIAGAAN

VISI                  

  • Memonopoli perniagaan dan pengusahaan lintah di Dunia.

MISI               

  •  Menjadi penternak lintah dan pengusaha bekam lintah yang terbaik di                                                                                                                        Malaysia dalam masa 2 tahun dan seterusnya mengembangkan sayap di luar Negara pada masa akan datang
  • Dapat memenuhi permintaan pelanggan pada setiap masa
  • Dapat merawat pesakit yang kurang berkemampuan bagi menampung kos perubatan yang tinggi terutamanya pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, gout, dan sebagainya.

Bagi memastikan perniagaan kami ini berkembang pesat, penglibatan secara terus sebarang pameran kesihatan akan dilaksanakan  agar dapat memberi pendedahan lebih meluas kepada orang ramai. Selain dari itu, latihan ternakan juga di sediakan kepada mereka yang ingin menceburi bidang perusahaan dan ternakan lintah. Bagi kemudahan orang ramai, mereka boleh melayari laman web  Multi Business Agrotech di masa akan datang. Bukan setakat di Malaysia tetapi juga di luar Negara.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama perniagaan : Multi Business Agrotech Sdn Bhd
Bidang kerja         : Menternak, menjual dan membeli, menghasilkan produk, menawarkan khidmat rawatan bekam lintah, dan menyediakan latihan intensif penternakan dan perawatan.
Jenis perniagaan : Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
Lokasi : perniagaan No 153 Jalan PJS 3/57, Jalan Medan 7, Taman Medan46000 Petaling Jaya,Selangor, Malaysia
Tarikh : memulakan perniagaan 4 haribulan Mac 2009
Faktor-faktor        : perniagaan
  • Menyahut seruan kerajaan memajukan bidang agro pertanian
  • Permintaan tinggi di pasaran
  • Kurang persaingan di pasaran terutamanya perkhidmatan bekam lintah dan terutamanya produk

 

  • Slideshow

  • Event Calendar

    September 2010
    M T W T F S S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930EC
  • Upcoming Events

    • No events.
  • Video

  • Skype Online Status