PEMBEKAL LINTAH DI PERLUKAN….

Pihak LEECH WORLD sedang mencari pembekal lintah bagi membekal kepada kami dengan harga yang berpatutan. Ini adalah di sebabkan oleh permintaan yang terlalu tinggi. Sekiranya anda berminat boleh lah menghubungi ibu pejabat :-

OFFICE 603 – 7782 2234.

Harap Maklum….

bharian_ahad

Berita Harian Ahad 12 Feb 2012

berita harian

Berita Harian Jumaat 10 Feb 2012

berita harian

LAGI KENYATAAN MENGENAI LINTAH…..

‘Lintah tidak sebar penyakit’
Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Nor Fariza Ramlan

2012/02/10

KUALA LUMPUR: Belum ada lagi kajian dilakukan menunjukkan lintah boleh menyebarkan penyakit kepada manusia melalui rawatan bekam termasuk penyakit batuk kering (tibi).

Doktor dan Koordinator Makmal, Unit Kesihatan Haiwan Akuatik, Fakulti Perubatan Vaterinar, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Hassan Mohd Daud berkata, kajian klinikal di luar negara termasuk Amerika Syarikat (AS) lintah boleh merawat penyakit seperti migrain serta resdung selain tidak memberi kesan sampingan melalui gigitannya.“Kajian klinikal mengenai lintah belum dijalankan di negara ini, namun ia giat dilakukan di luar negara dan tiada kajian menunjukkan lintah mendatangkan mudarat kepada manusia, ” katanya, semalam.Beliau berkata demikian mengulas mengenai kemungkinan lintah boleh menyebarkan penyakit melalui rawatan bekam lintah berikutan kenyataan pakar dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman yang didatangi dua pesakit dijangkiti batuk kering ganjil selepas mendapatkan rawatan bekam lintah.

Katanya, tidak mungkin lintah mampu menyebarkan penyakit tibi kerana ia hanya boleh berjangkit melalui udara dan kemungkinan lintah menyebarkan bakteria yang ada padanya amat rendah.

Bagaimanapun, katanya, pengusaha bekam lintah perlu memastikan lintah dikuarantin dan dibersihkan mengikut prosedur yang betul terlebih dulu sebelum digunakan terhadap pesakit.

Katanya, hasil analisis dijalankan terhadap lintah dikuarantin sehingga tiga minggu dengan kawalan suhu dan pH air yang betul menunjukkan hanya bakteria biasa ditemui pada usus dan mulut lintah turut ditemui di tanah dan air.
“Dengan penggunaan bahan tertentu seperti kunyit dan halia, semua bakteria berbahaya terbunuh kerana dua bahan berkenaan mempunyai bahan antiseptik yang mampu membunuh dan merencatkan pertumbuhan bakteria,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mahu mendapatkan rawatan bekam lintah supaya memeriksa terlebih dulu prosedur kebersihan yang diambil pengusaha rawatan berkenaan.

“Pesakit perlu bijak memilih pusat rawatan termasuk mengenal pasti terlebih dulu tahap kebersihan dan kesihatan lintah yang digunakan, ” katanya.

LEECH WORLD

NEW STRAITS TIMES (9 Feb 2012)

LEECH WORLD

Leech World

NOT FOR THE FAINT-HEARTED

Norhisyamsul Mohamard (left) being given a traditional healing treatment using leeches with the aid of his assistant, Norzari Khairudin. The leech treatment entrepreneur has a treatment centre at Taman Medan, Petaling Jaya. This unique cleansing treatment is well received with more than 4,000 customers visiting since opening of his business seven years ago. Norhisyamsul clean leeches using the water purification system approved by the UPM Veterinary Hospital. Pic by Nik Hariff Hassan

Read more: NOT FOR THE FAINT-HEARTED – Image – New Straits Times http://www.nst.com.my/galleries/image/not-for-the-faint-hearted-1.44129#ixzz1ltmJB7G8

Kebenaran Kenyataan Akhbar?

Kementerian Kesihatan larang rawatan lintah
Oleh Suzalina Halid
suzalina@bharian.com.my
2012/02/08

Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan.

“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.

“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, ” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil.
Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya.

PERSOALANNYA ???

1) Rawatan Bekam Lintah tidak dapat dibuktikan secara saintifik?

Siapakah yang patut dipertanggungjawab untuk melakukan kajian saintifik ini? Adakah orang ramai atau syarikat yang tidak mampu melaksanakannya?

2) Kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah?

Ini bermakna kepada pesawah-pesawah dan petani-petani yang menjalankan kerja di sawah padi dimana selalu di gigit oleh lintah adalah orang yang berpotensi membawa penularan penyakit berbahaya ini.

3)Penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

Apakah Penyebaran penyakit berbahaya itu?

4) Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Adakah disebabkan dua pesakit sahaja dapat memberi rumusan yang tepat mengenai kenyataan ini?


tibi

ADAKAH LINTAH PENYEBAR PENYAKIT TIBI?

tibi

APAKAH VIRUS TIBI?

TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bakteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

Bagaimana TIBI Merebak ?
Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bakteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bakteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.

Tanda-Tanda TIBI
Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu.
Kahak yang mungkin mengandungi darah.
Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam.
Susut berat badan dan hilang selera makan.
Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
Mudah menjadi letih.

Cara Mengesan Penyakit TIBI
Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-
mendapatkan pemeriksaan doktor.
melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI.
menjalani pemeriksaan x-ray dada.

Rawatan
Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.
2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari.
4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu.
Pencegahan
Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor.
Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan penghidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan.

mhi

MHI-TV3 (26 Jan 2012)


Saksikan LEECH WORLD di Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada 26 Januari 2012. Satu lagi pendedahan rawatan bekam lintah dari TV3. Terima kasih kepada TV3 dalam membantu industri RAWATAN KOMPLEMENTARI ini.

RTB4 (BRUNEI)-5 JAN 2012


Multi Business Agrotech Sdn Bhd bersama Ain Wafiqah Miracle Treatment Services (Rakan Niaga LEECH WORLD di Brunei) telah mempromosikan industri RAWATAN BEKAM lintah melalui saluran RTB-4 di Brunei. Kami mengucapkan SYABAS kepada AWMTS di atas kejayaan dalam mempromosikan industri rawatan lintah di sana…

aziz brunei

Leech World Agent in Brunei Paper 2012


Buat pertama kalinya LEECH WORLD telah melebarkan sayap perniagaan nya di Negeri BRUNEI Darussalam. Alhamdulillah, sambutan dari masyarakat warga BRUNEI AMAT-AMAT memberangsangkan. Sehingga semalam, seramai 5000 lebih pengungjung yang datang mengunjungi tapak pemeran agent LEECH WORLD (AIN WAFIQAH MIRACLE TREATMENT SERVICES). Tahniah.. kepada Pengarahnya EN AZIZ. SYABAS…..