Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menganjurkan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 21 hingga 25 September 2011 (Rabu-Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya
Booth : D419

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 adalah bertemakan “PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA” yang melibatkan penyertaan seramai 500 orang usahawan luar bandar dalam empat (4) kategori yang utama iaitu makanan/minuman, herba, kraftangan dan perkhidmatan. Pelbagai program menarik telah dirancang dalam penganjuran KUD 2011 seperti berikut:

a. Pameran dan jualan produk-produk berkualiti usahawan luar bandar;
b. Business matching;
c. Pameran jabatan/agensi KKLW (KEMAS, MARA, KEJORA, RISDA, FELCRA, KETENGAH, JAKOA, KESEDAR, KEDA, INFRA dan PPNP );
d. Pameran Kementerian/Jabatan/Agensi jemputan termasuk institusi kewangan;
e. Demonstrasi produk, demonstrasi permainan tradisional;
f. Demonstrasi masakan tradisional pelbagai negeri;
g. Persembahan kebudayaan;
h. Persembahan artis-artis jemputan;
i. Forum perdana;
j. Pameran teknologi & inovasi; dan
k. Auto show.

Dalam usaha menjayakan penganjuran karnival ini, YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk berkunjung beramai-ramai ke tapak KUD 2011 sepanjang tempoh karnival ini berlangsung. Sukacita dimaklumkan bahawa, YAB Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan KUD 2011 pada 22 September 2011 (Khamis).